Lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di blog saya ini...ye. La mana taknya..keje di pejabat back to back punya cerita...bukan setakat nak menulis tak da masa..bahkan bersama family pun sama..kena tinggal suami dan anak..huhuhu...nak buat macam mana dah tuntutan kerja...niat saya bekerja ikhlas nak bantu suami dan mencari rezeki yang halal utk keluarga saya...amin...
Tetiba jejari ni rasa mcm nak mencoretkan sesuatu....hrmmm ..tahun 2013 banyak peristiwa suka duka yang terpaksa ditempuhi. Moga tahun 2014 membawa sinar baru dalam kehidupan saya sekeluarga....Amin...
Saya ingin menceritakan salah satu pengalaman manis yang berlaku sepanjang tahun 2013. Ianya merupakan satu program anjuran jabatan saya.... Anda pernah dengar dengan nama RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)? rajin-rajin lah menjenguk facebook Rakan Alam Sekitar dan juga portal RAS ini... berbagai info akan dapat diperolehi..
Program yang baru berakhir pada bulan 12 tahun lalu iaitu Trans Borneo Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar... Dimana perjalanan bermula dari Kuching Sarawak menuju ke Daerah Sibu (perjalanan darat 8 jam), dari Sibu ke Daerah Miri (perjalanan darat 11 jam), kemudian dari Miri kami menuju ke Lawas. Untuk menuju ke Lawas, kami terpaksa masuk ke Negara Brunei Darussalam dengan 8 chekpoint Imigresen Malaysia dan Brunei yang kami terpaksa redah. Perjalanan agak rushing kerana kami perlu sampai ke chekpoint yang terakhir sebelum jam 10 malam. Di mana post Imigresen yang terakhir sehingga jam 10 malam sahaja..pelbagai kenangan suka duka yang kami lalui..dengan perut yang lapar dan nak beli makanan terlupa kami semua terlupa tukar duit Brunei..so ikat perut je la... Nasib juga tidak menyebelahi kami... kami tidak berjaya menjejakkan kai ke Bandar Seri Begawan kerana kekangan masa. Huhuhu...kesian My Hero Aliff nak fridge magent Brunei (tak dapat lerrr)..nak beli T-shirt I LOVE Brunei pun tak dapat...mama lupa tukar duit..huhuhu...
Bergambar di signboard BRUNEI..hehehehehe..
Oh ya sambung balik cerita perjalanan kami, alhamdulillah kami selamat sampai ke Hotel Seri Malaysia Lawas pada jam 9.30 malam.. Selamat sampai..kalau tak bermalam di sempadan Brunei Sarawak..huhuhu.. Memang satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan... Kalau nak tgk gmbar sepanjang program ni berlansung nanti saya tepekkan...hehehehe:-)
Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke Long Mio Resort. Ianya terletak dalam Daerah Sipitang, Sabah.. Ha! kami dah selamat masuk ke Sabah..perjalanan darat dari Kuching ke Sabah untuk ke Kota Kinabalu..
Sedikit cerita pengalaman untuk ke Long Mio Resort. Perjalanan off road dr jalan utama. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam dengan menaiki 4x4..kata pemandu kami yg
bernama Abg Nasib, kalau hujan perjalanan cecah 5 @ 6 jam..tak boleh nak bayangkan macam mana perjalanan kami..huhuhu.. tetapi alhamdulillah Allah merestui perjalanan kami hanya mengambil masa 4 jam...dan alhamdulillah kami selamat sampai..Perjalanan yang sungguh berliku, melalui hutan yang masih dara, melalui Banjaran Crocker...pemandangannya.. MasyaAllah.. tak terucap dengan kata-kata..sesungguh Ciptaan Allah Yang Maha Esa tiada tolok tandingannya... terpegun saya dengan keindahan dan kedamaian disitu..kami semua terpegun dan hilang sakit-sakit badan ketika melalui off road dan jalan laluan balak tadi... Masih ada golongan penduduk yang sanggup di daerah yang sangat terpencil dan tersisih dari dunia realiti di luar itu...Kami bermalam di Long Mio Resort.. Kami juga sempat ke Kampung Long Pasia...sekali lagi kami terpegun dengan ciptaanNya.. Subhanallah.. Alah Maha Pencipta Sekalian Alam...memang tidak ada taranya. Gambar dalam perjalanan ke Long Mio Resort, dan kawasan di Long Pasia..

Kasi layan gambar sewaktu perjalanan ke Long Mio Resort dan di kawasan pendalaman Long Pasia yang memukau pandangan...
Tak sempat lak nak snap gambar banyak-banyak. Keterujaan menikmati keindahan mengatasi segalanya... setelah bermalam di Long Mio Resort kami keluar semula dan menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan tak lama untuk ke KK dan sebelum senja kami dah selamat sampai di hotel KK..bila dah sampai KK apa lagi time to jalan jalan shopping...keesokkan harinya kami bangun seawal 4.30 pagi utk shopping seafood ( udang, ketam,sotong, ikan dan macam-macam lagiiii)...seronok membeli sampai tak hengat nak bekpes..hehehe..balik hotel bekpes teruskan shopping di Jamilah lak.. setelah penat berjalan balik bilik hotel kemas barang ready utk chekout..
Sebelum balik untuk ke airport, bas bawa jalan-jalan lagi di KK.. Al-maklumlah ketika tu sehari sebelum Hari Krismas..meriah la di kawasan KK...huhuhu...Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA pada jam 7.30mlm.. alhamdulillah semuanya selamat....
Selesai catatan saya kali ni..lain kali saya tulis lagi..hrmm ada cerita lagi untuk tahun 2014 ni.cuma tak sempat nak dicoretkan.. nanti ada masa saya tulis yer....bye..bye..bye..bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan