Isnin, 12 Ogos 2013



Mulianya Bulan Ramadhan & Malam Lailatul Qadar


Alhamdulillah.. Ramadhan yang berlalu meninggalkan 1001 kenangan yang terindah dan manis dalam hidup kami sekeluarga...insyaallah ada umur ketemu lagi kami dengan bulan ramadhan dan Malam Lailatul Qadar.. 
Masih terdengar-dengar panggilan dari My Hero Aliff yg sedang melihat diluar jendela rumah kami. " Mama kenapa pokok mlm ni tak bergoyang dan kenapa macam sujud jer...? Pastu mama perasan tak mlm ni sejuk dan sunyi jer...walaupun bising bunyi mercun tapi mlm ni tak mcm selalukan mama? Ku cuba untuk menerangkan kata-kata My  Hero Aliff...hrmm.... Hatiku sayu dan sebak... "Jom kita ambil wuduk dan solat berjemaah bersama My Hubby....
"Mama tahu tak apa yang kita doa tadi..kita doa supaya kita jadi anak yang berguna, anak yang dengar cakap, anak yang bijak pandai, hafal sifir, dan yang last sekali kita minta Allah kurniakan kita adikk..aminnn...
Ya Allah, tersentuh hati ku dn My Hubby..hanya Allah yang     tahu apa yang kami rasa...Ya Allah perkenankan doa kami 
semua..... 
" Mama juga yang cakapkan..mlm ni insyaallah malam Lailatul Qadar dan semua doa insyaallah akan dimakbulkan...kita harap agar doa kita dimakbulkan..aminn...

Malam itu berlalu dengan 1001 kenangan yang manis buat kami sekeluarga...ye My Hero Aliff dan besar dan banyak benda yang telah dipelajarinya...berfikiran matang dan kadang-kadang sgt mengada mengada dengan mama...
Malam itu En Hubby ajak sahur diluar...tapi kami singgah sekejap di Jalan TAR. Saja ingin melihat suasana di sana. Sepanjang perjalanan ke Jalan TAR ku rasakan sayu sangat dihatiku... Moga-moga tahun depan kami sekeluarga dapat bertemu lagi dengan mu Ya Ramadhan dan Malam Lailatul Qadar...aminnn.....



Jumaat, 19 Julai 2013


SaJeR SuKa-SuKa


Assalammualaikum w.t.b....

Saja ingin berkongsi cerita mengenai kemahiran yang saya ada.. ini cuma aktiviti suka-suka dan masa senggang. Foto yang akan saya kongsikan semuanya foto lama dah....sekadar ingin membantu kawan-kawan dan saudara mara... bukan lah satu kerja tetap saya..kerana saya dah ada kerja tetap..masuk jam 8.00am balik jam 5.00pm ( opis time). Kemahiran yang saya ada ini semuanya datangnya dari hasil didikan sewaktu belajar di UiTM dulu..Budak Performing Arts la katakan...TQ to my lecture..Proff. Najib dan juga En.Afifi ketika itu ( 2000- 2003)...Rindu pulak pada kengkawan di UiTM..hrm kenangan di Fakulti yang ketika itu di Stadium Shah Alam ( mlm ada perlawanan bola mula la tak senang duduk kalau ada kelas mlm)...hahahaha..mcm-mcm kenangan.. alhamdulillah masih lagi keep in touch dengan kawan-kawan..Walaupun kebanyakkan mereka sudah berkerjaya,berumahtangga, dan famous.....TQ TO ALL OF U... Opss..berbalik pada entri saya tadi, saya bukanlah proffesional, masih lagi amatur..dan masih lagi banyak yang perlu di pelajari..Jom layanzzz  jer foto yang ada....


Hari nikah kawan sekolah saya....



mY School mate " Puan MASLIZA"



My Ex-OpisMate "Puan MAS"


 Pn. Mazidah, Pn. Mas n Me



My CoUSiN AISyAH n Sham


Time Nak Nikah My COusIn AISyAH



Yang ni pulak kakak kepada kawan sekolah Saya.."Pn. FARAH"


 Pn. FARAH



Seorang lagi cousin saya "Pn. Roziana" - Ogy (nama glemer)


Ogy dan Rizam



dan last sekali....cousin saya juga (lelaki)

My cousin Udin dan isteri Dayah


Macam mana? ...saya membantu apa yang saya mampu jer...membantu menata rias wajah sepupu, kawan-kawan di hari bersejarah mereka..ianya sekadar suka-suka..tapi saya rasa kalau dibuat secara serius akan mendatangkan income yang banyak...hehehehe..tapi cukup ke masa saya? Itu persoalan utama yang bermain difikiran saya...hehehehe..ok la saya ada keje nak buat..selamat melayan foto-foto saya yang tak seberapa ini....jumpa lagi di next entrii...byeee...

Khamis, 18 Julai 2013




RaMaDAn kEMbaLi, PaHaLA DiCaRI.........
(agak-agak la peniaga di pasar ramadan kalau nak menjual punnnn)

Salam ramadan buat semua...lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di ruang blog saya nie...hrm..agak sibuk memandangkan bulan ramadan..saya selaku mama n wife yang bekerja..so bila balik je dari pejabat campak beg, tukar pakaian terus ke dapur memulakan sesi masak memasak yang menjadi rutin harian...bukan sekadar di bulan ramadan sahaja..setiap masa pun dah tetap menjadi "cheff di rumah ".

Nak dijadikan cerita pada puasa yang ke 3 en hubby membawa saya ke pasar ramadan di kawasan Sup Urat Keting di Bangi...sekadar membeli sup urat keting kerana en hubby terasa nak makan sup...dan berjalan pula ke pasar ramadan..sekadar ingin mencuci mata...tetiba ternampak lauk siput sedut masak lemak bersama dengan keladi. Hrmmm...gatal pula mulut untuk minta pelayan itu bungkuskan untuk RM5.00. Ye la my hero Aliff sangat sukakan siput sedut..kalau balik kg Melaka, my hero akan minta neneknya masakkan utk dia...  opss meleret pula bercerita..bila makcik pelayan tu dah bungkuskan dia meminta bayaran..saya tanya ini RM5 ker? banyakkan mcm ni ker?berulang kali saya bertanya...dengan berat hati saya bayar...selepas tu terus ajak en hubby balik..sebab di rumah dah ada benda yang saya nak masakkan...dalam hati asyik berfikir siput sedut yang dibeli dengan harga RM5... sampai jer rumah saya nak panaskan lauk tersebut..TADAAAAAaaa........hanya ada 20 ketul jer siput dan 3 btg keladi yang dipotong sebesar 2 inci......hahahaha..tertipu saya....(TAK SEMPAT PULA SAYA NAK SNAP PIC)..kesimpulan yang saya boleh buat... HARGA MAKANAN DI PASAR RAMADAN TERLALU MAHAL...DAN TAK SEDAP!!!!!..nak tak nak my hero Aliff makan juga..walaupun dia mengomen tak sedap lansung!! (pstt: my hero ni cerewet bab makanan tak mcm abahnya yang sempoi jer bab makanan...ye la mana tak nya..my hero ni memang dari kecik dah biasa home made cook..hehehehe...)

Tu je hari pertama dan terakhir saya ke pasar ramadan..bagi saya masak sendiri dirumah lagi terjamin..biarla lewat mana sampai rumah..penat mana pun masaklah..teringat pulak iklan kat tv yang mana mak membeli makanan untuk anak diluar..ada penemuduga bertanya pada maknya ...." anak saya memang suka makan diluar....tetapi anak nya menjawab pula " tak la saya memang suka mak masak nasi goreng"...( teringat my hero kata..syukur alhamdulillah mama kita pandai masak dan sedap..) Haa!!! maknanya apa? MAKNANYA..seorang ibu, mama, mak,umi kenalah masak untuk anak..AIR TANGAN SEORANG IBU DAN ISTERI ITU LEBIH BERKAT...itu la juga rahsia seorang isteri untuk mengunci suaminya..agar kemana sekalipun suaminya pergi..air tangan isteri tetap menjadi pujaan hatinya....

Pada hari selasa(16 /7) yang lalu..en hubby yang sememangnya bekerja di KL pergi membeli lauk SIPUT SEDUT di KG BARU..kedai yang biasa kami pergi. GERAK 21 nama kedai tersebut..kedudukan kedai betul-betul di PINTU GERBANG KG BARU. (sesiapa yang teringin nak makan nasi campur pelbagai lauk, sambal,ulam dll dipersilakan.....) en hubby ingin membalas dendam sebab masa beli lauk tersebut di Bangi tempoh hari lansung tak disentuhnya lauk tersebut.. en hubby membeli seplastik penuh...bila bayar RM 7.00 kata cashier...HA!!! berbaloikan kata en hubby,.. boleh makan 3 kali kata en hubby...hahahahaha...en hubby tak ckp pun yang dia ke KG BARU utk membeli lauk siput..geram punya pasal, sampai seplastik penuh diisinya....baru puas makan katanya...hahahahaha.. Kesimpulan juga yang boleh dibuat. Kalau nak membeli lauk pauk ni...beli lah dikedai yang kita dah tahu masakannya, rasanya, kesedapannya. dan sebagainya......hehehehe... ni tak main terjah je nak beli..nampak sedap la apa la...alih-alih ke tong sampah juga akhirnya...semua itu nafsu semata-mata..itu yang saya pasakkan dalam otak my hero Aliff...nak beli makanan biar tempat tu kita dah biasa pergi...ye la kadang kadang nak juga makan kat kedai..bukan selalu tapi boleh dibilang dengan jari berapa kali kami ke kedai utk makan-makan....OK la dah panjang lebar bercerita...main focus tajuk utama ialah SIPUT SEDUT MASAK LOMAK CILI API... ok la jumpa lagi next entrii....byeeee....selamat berbuka..(pst..: ptg ni nak masak ayam sambal, sawi masak lemak putih, goreng ketam dan bakar ikan terubok...heeheee...)

Opss kasi layan gambar SIPUT SEDUT MASAK LOMAK CILI API HA!!!!!

Rabu, 26 Jun 2013

Doa Supaya ALLAH Mencukupkan Keperluan Diri & Keluarga

Asslammualaikum w.t.b buat semua...

Jadikan hari ini hari yang terindah, terbaik, terhebat dan setiap hari adalah sama sahaja...cuma biasa lah manusia...seperti laut yang ada pasang surutnya dan pasti bergelora pada waktunya..cuma diri kita sendiri yang boleh mengubah dan membentukkannya agar kita dapat menjadikan diri kita terhebat, terbaik dan segalanya... dengan itu bolehlah kita menggunakan tulang empat kerat ini untuk memulakan pencarian rezeki yang halal (membantu en suami,sekiranya si isteri bekerja) dan semoga kita senantiasa dimurahkan rezeki dan rahmat oleh-Nya...aminnn..

Jadi, mari kita mulakan hari ini dengan "Minum MILO...ANDA JADI SIHAT DAN KUAT" ( nada nyanyian lagu milo)...hehehehe...

Saya nak kongsikan dengan anda semua:


"DOA SUPAYA ALLAH MENCUKUPKAN KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA.."


[ Mafhumnya] : " Cukuplah bagiku Allah ( yang menolong dan memeliharaku ), tiada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang Besar."

( Surah At- Taubah : ayat 129 )

 

Nota: Apabila kita merasakan keperluan diri dan keluarga tidak mencukupi, amalkan ayat ini dengan membacanya 7 kali selepas Solat Subuh dan 7 kali selepas Solat Maghrib. Insya'Allah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia & akhiratnya....


Selasa, 25 Jun 2013

Jerebu kembali

Kesan dari akibat jerebu menyebabkan saya bercuti hari ini. Sekolah anak ditutup. Saya dan en. suami tetiba sajer demam. Ini semua gara-gara pergi mengambil anak di Port Dickson semalam. Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan ptg semalam (24jun 2013) oleh www.doe.gov.my dah menunjukkan tidak sihat. Tetap pergi nak ambil hero mama yang sorang ni...risau..ye la lawatan sekolah dari Melaka ke Port Dickson. IPU di Melaka pun dah teruk, pergi pula lawatan ke PD. Nak marah cikgu, rancangan dah dibuat awal...

Nasib baik dah pesan pada anak supaya minum air banyak...pakai mask bila berjalan..alhamdulillah anak mama good boy. Balik petang tu, dari PD ikut jalan lama ke Lukut, Dengkil dan sampai Putrajaya..singgah rumah mama dulu. Mama nak beri lauk siput..hehehe..apa lagi suruh my hero mandi banyak banyak dulu...alhamdulillah my hero tak da apa apa. Sekali saya dan en suami yang tumbang (tidak sihat).

Setelah berehat sepenuhnya di rumah bersama bekalan ubat-ubatan yg di terima dr klinik...saya dan en suami pun alhamdulillah sembuh sediakala..mahunya saya tak risau. En suami ada penyakit 'en asma'...kalau tak kena gaya terpaksa bawa ke hospital sedut gas...kan lagi susah tu...

Disini apa yang saya ceritakan ialah bahayanya sekiranya kita berada di luar kawasan rumah ketika jerebu melanda negara kita. Sebagai ibu bapa kita perlulah bertegas dalam mendidik anak-anak tentang kesihatan diri dan kebersihan diri. Bukannya apa cuma ingin mendidik mereka agar menjadi manusia yang sedar akan tanggungjawab dan sedar dengan apa yang berlaku disekeliling mereka. 
Ini tidak, anak dibiarkan bermain bola, bermain di padang permainan. Nanti kalau anak tak sihat, mengalami sesak nafas,batuk selesema dan sebagainya...siapa yang susah? Kita juga kan yang susah..ye la kita kan ibu bapa mereka. 

Jadi sebagai kesimpulan cerita saya... Jadilah ibu bapa yang 'alert@peka dengan keadaan sekeliling dan suasana sekeliling'...tak salah sekiranya kita mengambil berat tentang bahayanya  jerebu keatas diri kita, anak-anak dan keluarga termasuk la negara kita yang tersayang... Sila patuhi saranan Kementerian kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, klinik-klinik dan maklumat@informasi yang telah diberikan tentang penjagaan diri ketika jerebu..ambil langkah awal untuk menangani masalah jerebu.. Saya harap kawan- kawan, ibu,bapa dan sesiapa saja boleh mengambil langkah drastik dalam kita menjaga alam sekitar kita agar tidak terus tercemar dengan  pencemaran udara sebegini...sekian kita jumpa lagi yo nanti..babaiiiiiiii....

Khamis, 20 Jun 2013


"Dalam hidup, adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan untuk bergembira dan berketawa,adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita akan merasai kemanisan kemudian  hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...... Sesekali kita juga perlu KECEWA untuk kita mengenal erti KEJAYAAN.... Sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita mensyukuri NIKMAT yang diberi......Sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita mengenal DIRI SENDIRI....."