Kesan dari akibat jerebu menyebabkan saya bercuti hari ini. Sekolah anak ditutup. Saya dan en. suami tetiba sajer demam. Ini semua gara-gara pergi mengambil anak di Port Dickson semalam. Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan ptg semalam (24jun 2013) oleh www.doe.gov.my dah menunjukkan tidak sihat. Tetap pergi nak ambil hero mama yang sorang ni...risau..ye la lawatan sekolah dari Melaka ke Port Dickson. IPU di Melaka pun dah teruk, pergi pula lawatan ke PD. Nak marah cikgu, rancangan dah dibuat awal...
Nasib baik dah pesan pada anak supaya minum air banyak...pakai mask bila berjalan..alhamdulillah anak mama good boy. Balik petang tu, dari PD ikut jalan lama ke Lukut, Dengkil dan sampai Putrajaya..singgah rumah mama dulu. Mama nak beri lauk siput..hehehe..apa lagi suruh my hero mandi banyak banyak dulu...alhamdulillah my hero tak da apa apa. Sekali saya dan en suami yang tumbang (tidak sihat).
Setelah berehat sepenuhnya di rumah bersama bekalan ubat-ubatan yg di terima dr klinik...saya dan en suami pun alhamdulillah sembuh sediakala..mahunya saya tak risau. En suami ada penyakit 'en asma'...kalau tak kena gaya terpaksa bawa ke hospital sedut gas...kan lagi susah tu...
Disini apa yang saya ceritakan ialah bahayanya sekiranya kita berada di luar kawasan rumah ketika jerebu melanda negara kita. Sebagai ibu bapa kita perlulah bertegas dalam mendidik anak-anak tentang kesihatan diri dan kebersihan diri. Bukannya apa cuma ingin mendidik mereka agar menjadi manusia yang sedar akan tanggungjawab dan sedar dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.
Ini tidak, anak dibiarkan bermain bola, bermain di padang permainan. Nanti kalau anak tak sihat, mengalami sesak nafas,batuk selesema dan sebagainya...siapa yang susah? Kita juga kan yang susah..ye la kita kan ibu bapa mereka.
Jadi sebagai kesimpulan cerita saya... Jadilah ibu bapa yang 'alert@peka dengan keadaan sekeliling dan suasana sekeliling'...tak salah sekiranya kita mengambil berat tentang bahayanya jerebu keatas diri kita, anak-anak dan keluarga termasuk la negara kita yang tersayang... Sila patuhi saranan Kementerian kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, klinik-klinik dan maklumat@informasi yang telah diberikan tentang penjagaan diri ketika jerebu..ambil langkah awal untuk menangani masalah jerebu.. Saya harap kawan- kawan, ibu,bapa dan sesiapa saja boleh mengambil langkah drastik dalam kita menjaga alam sekitar kita agar tidak terus tercemar dengan pencemaran udara sebegini...sekian kita jumpa lagi yo nanti..babaiiiiiiii....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan