Doa Supaya ALLAH Mencukupkan Keperluan Diri & Keluarga
Asslammualaikum w.t.b buat semua...
Jadikan hari ini hari yang terindah, terbaik, terhebat dan setiap hari adalah sama sahaja...cuma biasa lah manusia...seperti laut yang ada pasang surutnya dan pasti bergelora pada waktunya..cuma diri kita sendiri yang boleh mengubah dan membentukkannya agar kita dapat menjadikan diri kita terhebat, terbaik dan segalanya... dengan itu bolehlah kita menggunakan tulang empat kerat ini untuk memulakan pencarian rezeki yang halal (membantu en suami,sekiranya si isteri bekerja) dan semoga kita senantiasa dimurahkan rezeki dan rahmat oleh-Nya...aminnn..
Jadi, mari kita mulakan hari ini dengan "Minum MILO...ANDA JADI SIHAT DAN KUAT" ( nada nyanyian lagu milo)...hehehehe...
Saya nak kongsikan dengan anda semua:
"DOA SUPAYA ALLAH MENCUKUPKAN KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA.."
[ Mafhumnya] : " Cukuplah bagiku Allah ( yang menolong dan memeliharaku ), tiada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang Besar."
( Surah At- Taubah : ayat 129 )
Nota: Apabila kita merasakan keperluan diri dan keluarga tidak mencukupi, amalkan ayat ini dengan membacanya 7 kali selepas Solat Subuh dan 7 kali selepas Solat Maghrib. Insya'Allah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia & akhiratnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan