Rabu, 26 Jun 2013
Selasa, 25 Jun 2013
Jerebu kembali
Kesan dari akibat jerebu menyebabkan saya bercuti hari ini. Sekolah anak ditutup. Saya dan en. suami tetiba sajer demam. Ini semua gara-gara pergi mengambil anak di Port Dickson semalam. Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan ptg semalam (24jun 2013) oleh www.doe.gov.my dah menunjukkan tidak sihat. Tetap pergi nak ambil hero mama yang sorang ni...risau..ye la lawatan sekolah dari Melaka ke Port Dickson. IPU di Melaka pun dah teruk, pergi pula lawatan ke PD. Nak marah cikgu, rancangan dah dibuat awal...
Ini tidak, anak dibiarkan bermain bola, bermain di padang permainan. Nanti kalau anak tak sihat, mengalami sesak nafas,batuk selesema dan sebagainya...siapa yang susah? Kita juga kan yang susah..ye la kita kan ibu bapa mereka.
Khamis, 20 Jun 2013
"Dalam hidup, adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan untuk bergembira dan berketawa,adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita akan merasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...... Sesekali kita juga perlu KECEWA untuk kita mengenal erti KEJAYAAN.... Sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita mensyukuri NIKMAT yang diberi......Sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita mengenal DIRI SENDIRI....."
Langgan:
Catatan (Atom)