Sabtu, 18 April 2015


Assalammualaikum wtb.

Hari ni hari ke 33 saya berpantang.hrm...macam macam pengalaman ketika proses berpantang ini.. Maknanya baby saya sudah 33 hari dilahirkan dan sudah 33 hari di NICU Hospital Serdang kerana lahir tak cukup bulan dan kecik lagi..Haa.. hari ni saya nak cerita pengalaman bersalin yang takkan dapat saya lupakan.

Pada 16 Mac 2015 saya bangun pagi untuk ke pejabat. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu. So saya  ajak My Hubby dan My Hero Aliff untuk stay di rumah nenek n atuk di Putrajaya. Senang untuk saya ke pejabat. Pada pagi itu saya sempat hantar mama saya ke pejabat. Mama sempat tegur yang mengatakan perut saya dah turun. Saya diam saje la..

Pada jam 10.00 pagi saya buat kerja mcm biasa. Duduk kaunter rutin harian..al maklum lah saya keje di Perpustakaan. Baby bergerak mcm biasa.. tetiba saya rasa baby gerak dan ada air yang keluar dari celah peha..saya cuba bau takut air kencing..tapi tak air tu tiada bau dan bewarna jernih...Sah la ni air ketuban...air ketuban dah pecah ke..aduiyai.. My Hubby keje di KL kalau nak tunggu dia untuk ke hospital lambat la lagi...So saya mohon bantuan kawan lelaki untuk hantar saya ke PAC Hospital Serdang. sampai je ke Hospital terus doktor chek dan saya kata tak sakit. Doktor cek laluan tiada bukaan lagi.

Bila My Hubby sampai saya minta belikan roti n susu sebab saya lapar. Selepas saya minum n makan saya mula rasa contraction.. dari 15 minit ke 10 minit dan 5 minit. saya maklumkan pada doktor yang merawat saya yang saya dah sakit. tapi dia buat tak tahu dan ckp " tak pe puan kita hantar puan ke wad dulu ye"... Ok saya redha je la apa yang doktor aturkan. Kekerapan sakit ni makin menjadi jadi. dan saya ditolak ke wad 5F..saya dapat kelas 2 sebab guna E-GL saya sendiri..huhuhuhu...

Doktor wad datang melawat dan dia nampak saya tengah kesakitan dan dia ajak saya ke bilik untuk chek laluan. Doktor agak terkejut kerana bukaan dan 6cm dan dia mohon untuk rakan dia chek kan laluan kerana dia mahukan kepastian. Doktor tersebut lelaki dan bila dia chek laluan dah 6-7cm dan kaki baby dah terasa..Saya masih dapat bertenang...selaju mungkin mereka menolak saya ke Labour Room.

Bila sampai di Labour Room dikerumuni oleh ramai nurse n doktor. Sebelum masuk ke Labour Room saya sempat lambai tangan ke Doktor Zulida yang sememangnya merawat saya.hahahahaha..kelakarkan..
Cerita balik kejadian di Labour Room memang sangat kelam kabut. Bila doktor cek laluan dan 7cm dan agak memeranjatkan bila doktor kata 'Its Cord Prolapse'...tali pusat baby dan kebawah dan berbelit..Apa lagi dengan pantas Doktor Amelia yang merawat saya beri arahan untuk saya di bedah dengan kadar segera.

Seorang doktor duduk diatas stretcher menahan bawah saya agar baby tak keluar. Punggung saya dialas sebiji bantal agar punggung saya tinggi. Sekali lagi saya ditolak selaju mungkin ke OT di tingkat 4..Bilik OT di bawah Labour Room semuanya penuh..huhuhu...Laju gila saya rasa ditolak dengan strecther..hahahaha..pengalaman yang tak dapat saya di keluarkan. Sampai OT saya diberikan gas dan saya tidur...

                                         Gambar hiasan dari En google..hehe..ni la rupa agaknya
                                          saya kena tolah ke OT.. Gambar sekadar hiasan je

Saya masuk OT jam 6 pm dan pada jam 7 pm saya dah sedar dan selamat sudah saya dibedah. Alhamdulillah anak saya dapat dikeluarkan dengan selamat.. Anak saya di keluarkan pada jam 6.42 pm dan berat anak saya ketika di keluarkan ialah 800gram. Jantina bayi kami ialah...jeng..jeng... BOBOI  la..sama dengan My Hero Aliff

My Hubby hanya dimaklumkan oleh doktor pada jam 8pm yang saya selamat dibedah dan anak encik kini berada di NICU. My Hubby agak terkejut dan syukur pada Allah swt kerana kedua duanya selamat...
My Hubby pergi tengok baby di NICU dan dia tak sanggup sebab 'Adik Baby' (gelaran untuk baby) penuh wayar dan jarum..Doktor Kanak kanak kata Baby tiada nyawa ketika di lahirkan dan mereka buat CPR dan alhamdulillah baby bernafas..Selepas My Hubby azankan di telinga dia keluar dan mula mencari saya di wad Ya Allah..anak mama kuat kan sayang... memang istimewa anak kami No.2 ni..bermacam dugaan kami terima insha allah..

Selepas jumpa baby di NICU My Hubby mula mencari saya dan kami hanya berjumpa pada jam 11 malam. Alhamdulillah My Hubby lega dapat jumpa saya dan anak pun dah dapat jumpa..saya di tolak ke masuk ke wad semula..Saya berehat di wad...dan masih lalok..hehehehehe....

Itulah pengalaman saya ketika bersalin kali ni..Alhamdulillah selamat dan kedua duanya selamat....
Next entri saya akan cerita pengalaman pertama tengok anak di NICU dan tengok ngan mata kepala sendiri anak anak lain yang lahir tak cukup bulan dan berat kurang 1kg...

Isnin, 13 April 2015

Assalammualaikum w.t.

Bertemu lagi...dalam entri yang sebeblum ni ada saya nyatakan yang saya akan ceritakan pengalaman hamil untuk kali ke 3 dalam tahun yang sama, pada tahun 2014 yang lalu. Bln Mac dan Jun saya jalani DNC dan pada bulan Sept saya hamil lagi..alhamdulillah.rezeki allah..Lagipun My Hero Aliff dah besar.

Awal kandungan lagi saya dah buka buku pink dan rawatan saya di Klinik Ibu dan Anak Sungai Chua,Kajang. Walaupun berdebar untuk alami alam hamil dengan saya membawa penyakit darah tinggi dan diebetis. Memang setiap kali pergi chek up saya akan naik ambulans dan last last warded la di Hospital Serdang sebab BP saya naik tinggi.setelah 2 hari berehat di wad balik dan berehat pula di rumah.hehehehe...Demi anak mama ni mama kena kuat dan bertabah..Oh ya buku pink saya berwarna tagging merah dan kuning..so saya punya rawatan 2 minggu sekali. Saya ada 2 tempat chek up di KK Sg Chua dan OnG Hospital Serdang...

Pada usia kandungan saya 9 Minggu saya dapat nasihat dari adik sepupu dan rakan supaya saya ambil ubat kuatkan rahim di klinik swasta..akhirnya My Hubby bersetuju dan bawa saya ke Klinik As Salam di Bangi. Saya teah berjumpa dengan Doktor Azfa, alhamdulillah saya dapat suntikan kuatkan rahim dari usia kandungan 9 minggu hingga 18 minggu.setiap minggu saya perlu dtg ke klinik untuk dapatkan suntikan. Manakala rawatan di Hospital pula saya telah perolehi ubat kuat kan rahim..alhamdulillah kandungan saya sihat dan membesar..

Masuk wad? tak perlu ckp la berapa kali. sememangnya doktor OnG di hospital dah kenal saya..huhuhuhu..Nurse dan doktor di KK Sg Chua mmg la kenal sgt dengan saya..hehehe..Pada usia kandungan 24 minggu saya buat detail scan di Hospital dan doktor kata kandungan saya kecil dari usia kandungan saya. Berat baby saya baru 550g..Ya Allah..dugaan bagi saya dan doktor nasihatkan agar saya dapatkan suntikan Dexa iaitu suntikan untuk matangkan paru-paru baby pada usia kandungan 28 minggu. Dugaan saya terima dengan tabah dan sabar.. My Hubby pun relax dan dia juga kena sabar. Kes saya ni di klasifikasikan sebagaiIUGR dan boleh la klik link ini mengenai IUGR  http://www.webmd.com/baby/iugr-intrauterine-growth-restriction. 

Saya masih belum tahu jantina anak dalam kandungan saya ni. Saya ajak My Hubby pergi klinik As Salam dan request untuk jumpa doktor Azfa untuk scan biasa je. tetapi doktor berhati mulia ni buat detail scan. My Hubby dan My Hero Aliff masuk sama sebab nak tgk jantina adik dia.. Mula mula doktor scan jantina adik dan tadaaaaa.......My Hero Aliff dan senyum sebab dia nampak angry bird...bak kata doktor angry bird adik dah nampak...Doa My Hero Aliff dimakbulkan sebab memang dia nak adik lelaki..oh ya doktor Azfa kata bacaan dopler tali pusat ke baby ada masalah dan saya perlu informkan pada doktor yang merawat di hospital. Kandungan saya sangat kurussss..kata doktor Azfa

Deria rasa antara adik dalam perut dan My Hero Aliff sangatlah kuat..kalau abg main bola or tgk bola di rumah, adik pun sama berpusing pusing dalam perut mama ni..bila dgr suara My Hubby pun sama..senget senget perut mama ye adik buat. Bila My Hero Aliff kena marah adik dalam perut tak nak gerakk sgt..hrmm..takut ke atau ingat dia yg kena marah. Tapi bila My Hubby balik..dgr suara My Hubby n My Hero Aliff terus berpusing dan bergerak balik..itu la pengalaman saya hamil kali ni..

Pada usia kandungan 28 minggu saya buat rawatan di hospital dan saya terus inform apa yang doktor Azfa ckpkan tempoh hari dan terus saya kena warded..Saya diberi suntikan mehsab iaitu untuk kawal tekanan darah tinggi dan sawan dan saya diberi suntikan dexa untuk matangkan paru-paru baby..saya warded selama 12 hari dan setiap hari scan untuk tgk bacaan dopler. mereka tak nak bersalinkan saya sebab kandungan saya baru 600g lebih.

Setelah 12 hari saya di beri keluar dari wad dan pada kandungan 30 minggu Dr Zulida dan Dr Amelia iaitu Dr dari UPM yang menjaga n merawat saya untuk detail scan setiap 2 minggu mengarahkan saya mengambil suntikan dexa sekali lagi di PAC Hospital Serdang. Saya selamat ambil suntikan dexa untuk kali ke dua..

Itulah antara pengalaman saya ketika hamil kali ni..nampak tanda tanda untuk lahirkan bayi pramatang dah ada dah.. Hremm...saya  akan cerita next entri pengalaman saya bersalin sebab saya bersalin pada 31 minggu....tungguu yeee...





Hamil lagi dan DNC kali ke-2


Assalammualaikum w.t.b...

Tetiba jejari ni ingin mencoretkan sesuatu pula di papan blog ni. Rasanya last saya mencoretkan sesuatu tahun lepas lepas saya keguguran pada bulan Mac 2014. Hrm selepas dua bulan saya disahkan mengandung semula. Nasib masih tidak menyebelahi aku dan My Hubby sbb nya saya keguguran sekali lagi pada bulan Jun 2014. cuma kali ni kandungan sudah mencecah 3 bln lebih dan sudah pun membuat buku pink dan sempat juga la naik ambulans sebab bila chek BP tinggi. Al maklumlah.. saya ni mmg penghidap darah tinggi n kencing manis diusia muda dah makan ubat..saya dan My hubby sekali lagi redha..cuma kandungan kali ni Saya dan My hubby mengidam makanan kampung saja..bila My Hero Aliff ajak g makan westen mmg boleh makan..balik je rumah, habis kena buang semula. tak pe la insha allah akan ada rezeki lain nanti. gambar yang di bawah merupakan makanan yg menjadi kegemaran saya dan suami sewaktu mengandung kali ni..My Hubby boleh kejut pagi pagi makan nasi lauk berulamkan budu dan petai saja....hahahahaha..kenangan yang terindah..

Gambar ni sebagai hiasan saje..saya tak sempat snap gambar

Sewaktu mc selepas proses DNC bermulanya bulan ramadhan..mmg dugaan berpantang di bulan ramadhan..huhuhu..boleh tgk je apa yg org lain makan.Saya bercuti puasa  selama 12 hari..kerana berpantang dari keguguran..walaupun berpantang..untuk My hubby n My Hero tetap saya masakan juadah yang istimewa untuk berbuka puasa..

Sekejap je masa berlalu..dah masuk bulan puasa.. dan tahun ni Raya kami sekeluarga akan pulang ke Kota Bharu My hubby..hohohohoho balik kg...lama dah tak balik Kota Bharu..

Kesedihan keguguran kali kedua tidak berpanjangan kerana pada bulan Ogos/Sept sebulan selepas raya..Saya disahkan hamil lagi..Alhamdulillah..Pengalaman hamil kali ni akan saya cerita kan di next entri..
Ok jumpa lagi..My Hubby n My Hero Aliff seronok..harap saya sihat dan kuat..amin..