Sabtu, 18 April 2015


Assalammualaikum wtb.

Hari ni hari ke 33 saya berpantang.hrm...macam macam pengalaman ketika proses berpantang ini.. Maknanya baby saya sudah 33 hari dilahirkan dan sudah 33 hari di NICU Hospital Serdang kerana lahir tak cukup bulan dan kecik lagi..Haa.. hari ni saya nak cerita pengalaman bersalin yang takkan dapat saya lupakan.

Pada 16 Mac 2015 saya bangun pagi untuk ke pejabat. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu. So saya  ajak My Hubby dan My Hero Aliff untuk stay di rumah nenek n atuk di Putrajaya. Senang untuk saya ke pejabat. Pada pagi itu saya sempat hantar mama saya ke pejabat. Mama sempat tegur yang mengatakan perut saya dah turun. Saya diam saje la..

Pada jam 10.00 pagi saya buat kerja mcm biasa. Duduk kaunter rutin harian..al maklum lah saya keje di Perpustakaan. Baby bergerak mcm biasa.. tetiba saya rasa baby gerak dan ada air yang keluar dari celah peha..saya cuba bau takut air kencing..tapi tak air tu tiada bau dan bewarna jernih...Sah la ni air ketuban...air ketuban dah pecah ke..aduiyai.. My Hubby keje di KL kalau nak tunggu dia untuk ke hospital lambat la lagi...So saya mohon bantuan kawan lelaki untuk hantar saya ke PAC Hospital Serdang. sampai je ke Hospital terus doktor chek dan saya kata tak sakit. Doktor cek laluan tiada bukaan lagi.

Bila My Hubby sampai saya minta belikan roti n susu sebab saya lapar. Selepas saya minum n makan saya mula rasa contraction.. dari 15 minit ke 10 minit dan 5 minit. saya maklumkan pada doktor yang merawat saya yang saya dah sakit. tapi dia buat tak tahu dan ckp " tak pe puan kita hantar puan ke wad dulu ye"... Ok saya redha je la apa yang doktor aturkan. Kekerapan sakit ni makin menjadi jadi. dan saya ditolak ke wad 5F..saya dapat kelas 2 sebab guna E-GL saya sendiri..huhuhuhu...

Doktor wad datang melawat dan dia nampak saya tengah kesakitan dan dia ajak saya ke bilik untuk chek laluan. Doktor agak terkejut kerana bukaan dan 6cm dan dia mohon untuk rakan dia chek kan laluan kerana dia mahukan kepastian. Doktor tersebut lelaki dan bila dia chek laluan dah 6-7cm dan kaki baby dah terasa..Saya masih dapat bertenang...selaju mungkin mereka menolak saya ke Labour Room.

Bila sampai di Labour Room dikerumuni oleh ramai nurse n doktor. Sebelum masuk ke Labour Room saya sempat lambai tangan ke Doktor Zulida yang sememangnya merawat saya.hahahahaha..kelakarkan..
Cerita balik kejadian di Labour Room memang sangat kelam kabut. Bila doktor cek laluan dan 7cm dan agak memeranjatkan bila doktor kata 'Its Cord Prolapse'...tali pusat baby dan kebawah dan berbelit..Apa lagi dengan pantas Doktor Amelia yang merawat saya beri arahan untuk saya di bedah dengan kadar segera.

Seorang doktor duduk diatas stretcher menahan bawah saya agar baby tak keluar. Punggung saya dialas sebiji bantal agar punggung saya tinggi. Sekali lagi saya ditolak selaju mungkin ke OT di tingkat 4..Bilik OT di bawah Labour Room semuanya penuh..huhuhu...Laju gila saya rasa ditolak dengan strecther..hahahaha..pengalaman yang tak dapat saya di keluarkan. Sampai OT saya diberikan gas dan saya tidur...

                                         Gambar hiasan dari En google..hehe..ni la rupa agaknya
                                          saya kena tolah ke OT.. Gambar sekadar hiasan je

Saya masuk OT jam 6 pm dan pada jam 7 pm saya dah sedar dan selamat sudah saya dibedah. Alhamdulillah anak saya dapat dikeluarkan dengan selamat.. Anak saya di keluarkan pada jam 6.42 pm dan berat anak saya ketika di keluarkan ialah 800gram. Jantina bayi kami ialah...jeng..jeng... BOBOI  la..sama dengan My Hero Aliff

My Hubby hanya dimaklumkan oleh doktor pada jam 8pm yang saya selamat dibedah dan anak encik kini berada di NICU. My Hubby agak terkejut dan syukur pada Allah swt kerana kedua duanya selamat...
My Hubby pergi tengok baby di NICU dan dia tak sanggup sebab 'Adik Baby' (gelaran untuk baby) penuh wayar dan jarum..Doktor Kanak kanak kata Baby tiada nyawa ketika di lahirkan dan mereka buat CPR dan alhamdulillah baby bernafas..Selepas My Hubby azankan di telinga dia keluar dan mula mencari saya di wad Ya Allah..anak mama kuat kan sayang... memang istimewa anak kami No.2 ni..bermacam dugaan kami terima insha allah..

Selepas jumpa baby di NICU My Hubby mula mencari saya dan kami hanya berjumpa pada jam 11 malam. Alhamdulillah My Hubby lega dapat jumpa saya dan anak pun dah dapat jumpa..saya di tolak ke masuk ke wad semula..Saya berehat di wad...dan masih lalok..hehehehehe....

Itulah pengalaman saya ketika bersalin kali ni..Alhamdulillah selamat dan kedua duanya selamat....
Next entri saya akan cerita pengalaman pertama tengok anak di NICU dan tengok ngan mata kepala sendiri anak anak lain yang lahir tak cukup bulan dan berat kurang 1kg...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan