Assalammualaikum w.t.
Bertemu lagi...dalam entri yang sebeblum ni ada saya nyatakan yang saya akan ceritakan pengalaman hamil untuk kali ke 3 dalam tahun yang sama, pada tahun 2014 yang lalu. Bln Mac dan Jun saya jalani DNC dan pada bulan Sept saya hamil lagi..alhamdulillah.rezeki allah..Lagipun My Hero Aliff dah besar.
Awal kandungan lagi saya dah buka buku pink dan rawatan saya di Klinik Ibu dan Anak Sungai Chua,Kajang. Walaupun berdebar untuk alami alam hamil dengan saya membawa penyakit darah tinggi dan diebetis. Memang setiap kali pergi chek up saya akan naik ambulans dan last last warded la di Hospital Serdang sebab BP saya naik tinggi.setelah 2 hari berehat di wad balik dan berehat pula di rumah.hehehehe...Demi anak mama ni mama kena kuat dan bertabah..Oh ya buku pink saya berwarna tagging merah dan kuning..so saya punya rawatan 2 minggu sekali. Saya ada 2 tempat chek up di KK Sg Chua dan OnG Hospital Serdang...
Pada usia kandungan saya 9 Minggu saya dapat nasihat dari adik sepupu dan rakan supaya saya ambil ubat kuatkan rahim di klinik swasta..akhirnya My Hubby bersetuju dan bawa saya ke Klinik As Salam di Bangi. Saya teah berjumpa dengan Doktor Azfa, alhamdulillah saya dapat suntikan kuatkan rahim dari usia kandungan 9 minggu hingga 18 minggu.setiap minggu saya perlu dtg ke klinik untuk dapatkan suntikan. Manakala rawatan di Hospital pula saya telah perolehi ubat kuat kan rahim..alhamdulillah kandungan saya sihat dan membesar..
Masuk wad? tak perlu ckp la berapa kali. sememangnya doktor OnG di hospital dah kenal saya..huhuhuhu..Nurse dan doktor di KK Sg Chua mmg la kenal sgt dengan saya..hehehe..Pada usia kandungan 24 minggu saya buat detail scan di Hospital dan doktor kata kandungan saya kecil dari usia kandungan saya. Berat baby saya baru 550g..Ya Allah..dugaan bagi saya dan doktor nasihatkan agar saya dapatkan suntikan Dexa iaitu suntikan untuk matangkan paru-paru baby pada usia kandungan 28 minggu. Dugaan saya terima dengan tabah dan sabar.. My Hubby pun relax dan dia juga kena sabar. Kes saya ni di klasifikasikan sebagaiIUGR dan boleh la klik link ini mengenai IUGR http://www.webmd.com/baby/iugr-intrauterine-growth-restriction.
Saya masih belum tahu jantina anak dalam kandungan saya ni. Saya ajak My Hubby pergi klinik As Salam dan request untuk jumpa doktor Azfa untuk scan biasa je. tetapi doktor berhati mulia ni buat detail scan. My Hubby dan My Hero Aliff masuk sama sebab nak tgk jantina adik dia.. Mula mula doktor scan jantina adik dan tadaaaaa.......My Hero Aliff dan senyum sebab dia nampak angry bird...bak kata doktor angry bird adik dah nampak...Doa My Hero Aliff dimakbulkan sebab memang dia nak adik lelaki..oh ya doktor Azfa kata bacaan dopler tali pusat ke baby ada masalah dan saya perlu informkan pada doktor yang merawat di hospital. Kandungan saya sangat kurussss..kata doktor Azfa
Deria rasa antara adik dalam perut dan My Hero Aliff sangatlah kuat..kalau abg main bola or tgk bola di rumah, adik pun sama berpusing pusing dalam perut mama ni..bila dgr suara My Hubby pun sama..senget senget perut mama ye adik buat. Bila My Hero Aliff kena marah adik dalam perut tak nak gerakk sgt..hrmm..takut ke atau ingat dia yg kena marah. Tapi bila My Hubby balik..dgr suara My Hubby n My Hero Aliff terus berpusing dan bergerak balik..itu la pengalaman saya hamil kali ni..
Pada usia kandungan 28 minggu saya buat rawatan di hospital dan saya terus inform apa yang doktor Azfa ckpkan tempoh hari dan terus saya kena warded..Saya diberi suntikan mehsab iaitu untuk kawal tekanan darah tinggi dan sawan dan saya diberi suntikan dexa untuk matangkan paru-paru baby..saya warded selama 12 hari dan setiap hari scan untuk tgk bacaan dopler. mereka tak nak bersalinkan saya sebab kandungan saya baru 600g lebih.
Setelah 12 hari saya di beri keluar dari wad dan pada kandungan 30 minggu Dr Zulida dan Dr Amelia iaitu Dr dari UPM yang menjaga n merawat saya untuk detail scan setiap 2 minggu mengarahkan saya mengambil suntikan dexa sekali lagi di PAC Hospital Serdang. Saya selamat ambil suntikan dexa untuk kali ke dua..
Itulah antara pengalaman saya ketika hamil kali ni..nampak tanda tanda untuk lahirkan bayi pramatang dah ada dah.. Hremm...saya akan cerita next entri pengalaman saya bersalin sebab saya bersalin pada 31 minggu....tungguu yeee...
888 Casino: Review, Bonus & Promo Code - JTHub
BalasPadam888 Casino NJ is live and ready to 양산 출장안마 play at 888casino NJ! Sign up today to 광주 출장안마 claim your welcome bonus and 고양 출장샵 play at 888casino.com! Rating: 4.9 · Review 경기도 출장마사지 by JT 영주 출장샵 Hub