Rabu, 14 September 2016

Kurniaan Allah...Alhamdulillah

Alhamdulillah ...Kurniaan allah yang tiada nilainya..bermacam dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui..bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah..
Dikurniakan suami yang begitu memahami dan menyayangi kami anak beranak.

My Hero Aliff dah pun besar..Alhamdulillah dah besar anak mama ni..dah umur 13 tahun.. Since last year My Hero Aliff dah jadi along.. Tq Along dah jadi abang yang terbaik..Along sayang adik..mama bangga sebab along sayang dan sangat amik berat tentang adik.dan adik pun sangat sayang kan along.Apa along buat adik akan ikut, so along kena buat yang elok elok dan terbaik tau
My Hero Aliff and My Little Hero Ariq 


1 tahun 6 bulan sudah berlalu..itulah usia My Little Hero Ariq walaupun usia sebenarnya baru 1 tahun 4 bulan..My Little Hero Ariq seorang pejuang kecil yang sangat kuat dan hebat..Mama abah dan along sangat bangga dengan adik. Adik dilahirkan pramatang pada usia kandungan 31 minggu 1 hari dan berat ketika dilahirkan hanya 800gram sahaja... 

Ya Allah hanya Mu yang mengetahui segalanya...Betapa sedih dan sayunya hati ini tatkala pertama kali melihat My Little Hero Ariq berjuang untuk terus hidup. My Hubby tak terkata dan terkedu tatkala melihat tubuh kecil yang penuh dengan wayar dan mesin oksigen.. tapak kaki My Little Hero Ariq hanya sebesar ibu jari mama ni sayang...Pampers newborn pun 2 kali lipat..Ya Allah besar sungguh kuasa mu dan kuat sungguh semangat juang My Little Hero Ariq untuk terus hidup dan membesar.

Selama 95 hari di NICU Hospital Serdang, pabila berat My Little Hero Ariq mencecah 1.87kg akhirnya dibenarkan pulang..Syukur pada mu Ya Allah..Sebenarnya..kepada ibu ibu yang melahirkan anak pramatang... jangan cepat mengalah..kena kuat kena tabah dan yang penting jangan tunjukkan kesedihan kepada anak ketika kita melawat dia...ketika beri susu or perah susu..titipkan doa agar anak kita kuat dan cepat naik berat serta sihat senantiasa...Begitu juga Encik Suami juga kena beri sokongan pada isteri..jangan nak salahkan si isteri sebab lahirkan anak tak cukup bulan..itu semua kuasa allah dan siapa kita nak menghalang ketentuan-Nya..

Alhamdulillah My Hubby kuat dan sabar..setiap hari dia akan melawat My Little Hero Ariq di NICU. Penat dan segalanya di singkirkan ke tepi..yang penting bagi semangat kat anak.. Alhamdulillah kini My Little Hero Ariq dan besar....
Jom layan gambar My Hero Aliff dan My Little Hero Ariq






Happy Family ever after...

Alhamdulillah...Syukur pada mu Ya Allah.. Kini My Little Hero Ariq dalam proses nak berjalan...masih takut takut... Mama Abah dan Along akan sokong adik..Kami sayang ketat ketat kat adik ye....Mmmuuuaahh...

Terima kasih sebab anda sudi baca entri saya kali ini....




Sabtu, 18 April 2015


Assalammualaikum wtb.

Hari ni hari ke 33 saya berpantang.hrm...macam macam pengalaman ketika proses berpantang ini.. Maknanya baby saya sudah 33 hari dilahirkan dan sudah 33 hari di NICU Hospital Serdang kerana lahir tak cukup bulan dan kecik lagi..Haa.. hari ni saya nak cerita pengalaman bersalin yang takkan dapat saya lupakan.

Pada 16 Mac 2015 saya bangun pagi untuk ke pejabat. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu. So saya  ajak My Hubby dan My Hero Aliff untuk stay di rumah nenek n atuk di Putrajaya. Senang untuk saya ke pejabat. Pada pagi itu saya sempat hantar mama saya ke pejabat. Mama sempat tegur yang mengatakan perut saya dah turun. Saya diam saje la..

Pada jam 10.00 pagi saya buat kerja mcm biasa. Duduk kaunter rutin harian..al maklum lah saya keje di Perpustakaan. Baby bergerak mcm biasa.. tetiba saya rasa baby gerak dan ada air yang keluar dari celah peha..saya cuba bau takut air kencing..tapi tak air tu tiada bau dan bewarna jernih...Sah la ni air ketuban...air ketuban dah pecah ke..aduiyai.. My Hubby keje di KL kalau nak tunggu dia untuk ke hospital lambat la lagi...So saya mohon bantuan kawan lelaki untuk hantar saya ke PAC Hospital Serdang. sampai je ke Hospital terus doktor chek dan saya kata tak sakit. Doktor cek laluan tiada bukaan lagi.

Bila My Hubby sampai saya minta belikan roti n susu sebab saya lapar. Selepas saya minum n makan saya mula rasa contraction.. dari 15 minit ke 10 minit dan 5 minit. saya maklumkan pada doktor yang merawat saya yang saya dah sakit. tapi dia buat tak tahu dan ckp " tak pe puan kita hantar puan ke wad dulu ye"... Ok saya redha je la apa yang doktor aturkan. Kekerapan sakit ni makin menjadi jadi. dan saya ditolak ke wad 5F..saya dapat kelas 2 sebab guna E-GL saya sendiri..huhuhuhu...

Doktor wad datang melawat dan dia nampak saya tengah kesakitan dan dia ajak saya ke bilik untuk chek laluan. Doktor agak terkejut kerana bukaan dan 6cm dan dia mohon untuk rakan dia chek kan laluan kerana dia mahukan kepastian. Doktor tersebut lelaki dan bila dia chek laluan dah 6-7cm dan kaki baby dah terasa..Saya masih dapat bertenang...selaju mungkin mereka menolak saya ke Labour Room.

Bila sampai di Labour Room dikerumuni oleh ramai nurse n doktor. Sebelum masuk ke Labour Room saya sempat lambai tangan ke Doktor Zulida yang sememangnya merawat saya.hahahahaha..kelakarkan..
Cerita balik kejadian di Labour Room memang sangat kelam kabut. Bila doktor cek laluan dan 7cm dan agak memeranjatkan bila doktor kata 'Its Cord Prolapse'...tali pusat baby dan kebawah dan berbelit..Apa lagi dengan pantas Doktor Amelia yang merawat saya beri arahan untuk saya di bedah dengan kadar segera.

Seorang doktor duduk diatas stretcher menahan bawah saya agar baby tak keluar. Punggung saya dialas sebiji bantal agar punggung saya tinggi. Sekali lagi saya ditolak selaju mungkin ke OT di tingkat 4..Bilik OT di bawah Labour Room semuanya penuh..huhuhu...Laju gila saya rasa ditolak dengan strecther..hahahaha..pengalaman yang tak dapat saya di keluarkan. Sampai OT saya diberikan gas dan saya tidur...

                                         Gambar hiasan dari En google..hehe..ni la rupa agaknya
                                          saya kena tolah ke OT.. Gambar sekadar hiasan je

Saya masuk OT jam 6 pm dan pada jam 7 pm saya dah sedar dan selamat sudah saya dibedah. Alhamdulillah anak saya dapat dikeluarkan dengan selamat.. Anak saya di keluarkan pada jam 6.42 pm dan berat anak saya ketika di keluarkan ialah 800gram. Jantina bayi kami ialah...jeng..jeng... BOBOI  la..sama dengan My Hero Aliff

My Hubby hanya dimaklumkan oleh doktor pada jam 8pm yang saya selamat dibedah dan anak encik kini berada di NICU. My Hubby agak terkejut dan syukur pada Allah swt kerana kedua duanya selamat...
My Hubby pergi tengok baby di NICU dan dia tak sanggup sebab 'Adik Baby' (gelaran untuk baby) penuh wayar dan jarum..Doktor Kanak kanak kata Baby tiada nyawa ketika di lahirkan dan mereka buat CPR dan alhamdulillah baby bernafas..Selepas My Hubby azankan di telinga dia keluar dan mula mencari saya di wad Ya Allah..anak mama kuat kan sayang... memang istimewa anak kami No.2 ni..bermacam dugaan kami terima insha allah..

Selepas jumpa baby di NICU My Hubby mula mencari saya dan kami hanya berjumpa pada jam 11 malam. Alhamdulillah My Hubby lega dapat jumpa saya dan anak pun dah dapat jumpa..saya di tolak ke masuk ke wad semula..Saya berehat di wad...dan masih lalok..hehehehehe....

Itulah pengalaman saya ketika bersalin kali ni..Alhamdulillah selamat dan kedua duanya selamat....
Next entri saya akan cerita pengalaman pertama tengok anak di NICU dan tengok ngan mata kepala sendiri anak anak lain yang lahir tak cukup bulan dan berat kurang 1kg...

Isnin, 13 April 2015

Assalammualaikum w.t.

Bertemu lagi...dalam entri yang sebeblum ni ada saya nyatakan yang saya akan ceritakan pengalaman hamil untuk kali ke 3 dalam tahun yang sama, pada tahun 2014 yang lalu. Bln Mac dan Jun saya jalani DNC dan pada bulan Sept saya hamil lagi..alhamdulillah.rezeki allah..Lagipun My Hero Aliff dah besar.

Awal kandungan lagi saya dah buka buku pink dan rawatan saya di Klinik Ibu dan Anak Sungai Chua,Kajang. Walaupun berdebar untuk alami alam hamil dengan saya membawa penyakit darah tinggi dan diebetis. Memang setiap kali pergi chek up saya akan naik ambulans dan last last warded la di Hospital Serdang sebab BP saya naik tinggi.setelah 2 hari berehat di wad balik dan berehat pula di rumah.hehehehe...Demi anak mama ni mama kena kuat dan bertabah..Oh ya buku pink saya berwarna tagging merah dan kuning..so saya punya rawatan 2 minggu sekali. Saya ada 2 tempat chek up di KK Sg Chua dan OnG Hospital Serdang...

Pada usia kandungan saya 9 Minggu saya dapat nasihat dari adik sepupu dan rakan supaya saya ambil ubat kuatkan rahim di klinik swasta..akhirnya My Hubby bersetuju dan bawa saya ke Klinik As Salam di Bangi. Saya teah berjumpa dengan Doktor Azfa, alhamdulillah saya dapat suntikan kuatkan rahim dari usia kandungan 9 minggu hingga 18 minggu.setiap minggu saya perlu dtg ke klinik untuk dapatkan suntikan. Manakala rawatan di Hospital pula saya telah perolehi ubat kuat kan rahim..alhamdulillah kandungan saya sihat dan membesar..

Masuk wad? tak perlu ckp la berapa kali. sememangnya doktor OnG di hospital dah kenal saya..huhuhuhu..Nurse dan doktor di KK Sg Chua mmg la kenal sgt dengan saya..hehehe..Pada usia kandungan 24 minggu saya buat detail scan di Hospital dan doktor kata kandungan saya kecil dari usia kandungan saya. Berat baby saya baru 550g..Ya Allah..dugaan bagi saya dan doktor nasihatkan agar saya dapatkan suntikan Dexa iaitu suntikan untuk matangkan paru-paru baby pada usia kandungan 28 minggu. Dugaan saya terima dengan tabah dan sabar.. My Hubby pun relax dan dia juga kena sabar. Kes saya ni di klasifikasikan sebagaiIUGR dan boleh la klik link ini mengenai IUGR  http://www.webmd.com/baby/iugr-intrauterine-growth-restriction. 

Saya masih belum tahu jantina anak dalam kandungan saya ni. Saya ajak My Hubby pergi klinik As Salam dan request untuk jumpa doktor Azfa untuk scan biasa je. tetapi doktor berhati mulia ni buat detail scan. My Hubby dan My Hero Aliff masuk sama sebab nak tgk jantina adik dia.. Mula mula doktor scan jantina adik dan tadaaaaa.......My Hero Aliff dan senyum sebab dia nampak angry bird...bak kata doktor angry bird adik dah nampak...Doa My Hero Aliff dimakbulkan sebab memang dia nak adik lelaki..oh ya doktor Azfa kata bacaan dopler tali pusat ke baby ada masalah dan saya perlu informkan pada doktor yang merawat di hospital. Kandungan saya sangat kurussss..kata doktor Azfa

Deria rasa antara adik dalam perut dan My Hero Aliff sangatlah kuat..kalau abg main bola or tgk bola di rumah, adik pun sama berpusing pusing dalam perut mama ni..bila dgr suara My Hubby pun sama..senget senget perut mama ye adik buat. Bila My Hero Aliff kena marah adik dalam perut tak nak gerakk sgt..hrmm..takut ke atau ingat dia yg kena marah. Tapi bila My Hubby balik..dgr suara My Hubby n My Hero Aliff terus berpusing dan bergerak balik..itu la pengalaman saya hamil kali ni..

Pada usia kandungan 28 minggu saya buat rawatan di hospital dan saya terus inform apa yang doktor Azfa ckpkan tempoh hari dan terus saya kena warded..Saya diberi suntikan mehsab iaitu untuk kawal tekanan darah tinggi dan sawan dan saya diberi suntikan dexa untuk matangkan paru-paru baby..saya warded selama 12 hari dan setiap hari scan untuk tgk bacaan dopler. mereka tak nak bersalinkan saya sebab kandungan saya baru 600g lebih.

Setelah 12 hari saya di beri keluar dari wad dan pada kandungan 30 minggu Dr Zulida dan Dr Amelia iaitu Dr dari UPM yang menjaga n merawat saya untuk detail scan setiap 2 minggu mengarahkan saya mengambil suntikan dexa sekali lagi di PAC Hospital Serdang. Saya selamat ambil suntikan dexa untuk kali ke dua..

Itulah antara pengalaman saya ketika hamil kali ni..nampak tanda tanda untuk lahirkan bayi pramatang dah ada dah.. Hremm...saya  akan cerita next entri pengalaman saya bersalin sebab saya bersalin pada 31 minggu....tungguu yeee...





Hamil lagi dan DNC kali ke-2


Assalammualaikum w.t.b...

Tetiba jejari ni ingin mencoretkan sesuatu pula di papan blog ni. Rasanya last saya mencoretkan sesuatu tahun lepas lepas saya keguguran pada bulan Mac 2014. Hrm selepas dua bulan saya disahkan mengandung semula. Nasib masih tidak menyebelahi aku dan My Hubby sbb nya saya keguguran sekali lagi pada bulan Jun 2014. cuma kali ni kandungan sudah mencecah 3 bln lebih dan sudah pun membuat buku pink dan sempat juga la naik ambulans sebab bila chek BP tinggi. Al maklumlah.. saya ni mmg penghidap darah tinggi n kencing manis diusia muda dah makan ubat..saya dan My hubby sekali lagi redha..cuma kandungan kali ni Saya dan My hubby mengidam makanan kampung saja..bila My Hero Aliff ajak g makan westen mmg boleh makan..balik je rumah, habis kena buang semula. tak pe la insha allah akan ada rezeki lain nanti. gambar yang di bawah merupakan makanan yg menjadi kegemaran saya dan suami sewaktu mengandung kali ni..My Hubby boleh kejut pagi pagi makan nasi lauk berulamkan budu dan petai saja....hahahahaha..kenangan yang terindah..

Gambar ni sebagai hiasan saje..saya tak sempat snap gambar

Sewaktu mc selepas proses DNC bermulanya bulan ramadhan..mmg dugaan berpantang di bulan ramadhan..huhuhu..boleh tgk je apa yg org lain makan.Saya bercuti puasa  selama 12 hari..kerana berpantang dari keguguran..walaupun berpantang..untuk My hubby n My Hero tetap saya masakan juadah yang istimewa untuk berbuka puasa..

Sekejap je masa berlalu..dah masuk bulan puasa.. dan tahun ni Raya kami sekeluarga akan pulang ke Kota Bharu My hubby..hohohohoho balik kg...lama dah tak balik Kota Bharu..

Kesedihan keguguran kali kedua tidak berpanjangan kerana pada bulan Ogos/Sept sebulan selepas raya..Saya disahkan hamil lagi..Alhamdulillah..Pengalaman hamil kali ni akan saya cerita kan di next entri..
Ok jumpa lagi..My Hubby n My Hero Aliff seronok..harap saya sihat dan kuat..amin..

Rabu, 16 April 2014

Nikmat Yang Hanya Sementara...Hanya Dia yang Lebih Mengetahui...



Alhamdulillah saya masih berkesempatan mencoretkan sesuatu di blog saya ni...hrmm..agak lama saya tidak menulis.....Apa agaknya ye? Ha malam ini terpanggil pula saya untuk menulis... Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan bersama....

Alhamdulillah tahun ni My Hero Aliff dah darjah 5. So ini bermakna sudah hampir 11 tahun la umurnya...alhamdulillah My Hero Aliff membesar dengan cepat dan sihat...mama sayang anak mama ni..mmuuaah...


My Hero Aliff

Awal bulan Mac saya mendapat satu perkhabaran yang sangat gembira...hrmm...alhamdulillah..rezeki Allah swt..saya disahkan mengandung 6minggu.....patutla.semacam je sejak sebulan ni..naik keta mual, masuk umah pun mual..dengan bau bau rumah n keta..tapi bagi saya itu semua sebab angin sebab saya tak lunch..saya lebih sanggup tido waktu rehat..makanan saya lupa dan syok tido lagi...memang pelik..tapi saya layan jer...

Tapi satu hari tu saya tidak ' membuang ' selama 3 hari..My Hubby kata semacam je awak ni..mengandung kut...saya kata tak da la..oh ya utk pengetahuan semua, 'makcik yang selalu melawat setiap bulan' memang dah sebulan lebih tak dtg... memang saya ada masalah tidak tetap kedatangan 'makcik melawat' tu....hrrmmm. My Hubby ajak g farmasi utk beli UPT.... Saya layan kan jer... Keesokkan pagi nak solat subuh saya cuba chek...terkejut bukan main terus kejut My Hubby...double line...terang jelas dan nyata...tak terkata dan tak termenangis sebab dah terlalu gembira kerana sudah lama menunggu..Tak putus putus saya memanjatkan kesyukuran padaNya...Ya Allah syukur pada Mu...
UPT yang dibuat sendiri dan dari klinik


Petang tu My Hubby ajak g klinik utk scan n buat pengesahan Doc..Alhamdulillah Doc kata 6weeks.. Semuanya dalam keadaan ok..Tak lama lagi boleh bawa buku pink ke klinik la....hehehe..dah lama tak pergi berdebar plak rasanya...

Sejak dari hari itu My Hubby tak ajak naik motor utk g work...so everyday saya kena drive..mual n loya tu saya tahankan jer... Seperti biasa kurang selera makan dan lebih berminat utk tido..

Sepanjang 2 minggu tu, ada juga yang saya teringin nak makan...antaranya ialah buah epal yang My Hubby kena beli kat Pasar Chow Kit..hahahaha.. mujur My Hubby keje kat KL...rupanya bukan saya sorang jer yang ngidamm..My Hubby kata dia ternampak buah Kundang terus air liur dia meleleh..tak tertahan lagi..sanggup dia beli walaupun harga buah itu RM 26 perkg...dia hanya beli 1/2 kg je la...tak sempat sampai umah..air liur dah meleleh katanya terus amik lesek kat seluar je makan terus...hehehehe..tak sangka plak dia yang over...hehehehe..

 Buah Kundang yang buat My Hubby meleleh air liur

Pastu satu lagi..saya tak boleh masak ayam..nampak je daging ayam..loya terus mual mual..hahahah...dah la My Hero Aliff favourite dia ayam..nak tak nak masak je la..tahankan je perasaan mual tu...demi anak..saya kena kuat kan...alhamdulillah saya dapat laluinya...

Pada 5 Mac saya ada kursus di luar pejabat..tempat kursus tu di PJ..so tak nak la bawa keta..saya minta My Hubby hantar dengan motor...hahahaha...semuanya selamat sehingga saya dapat sampai umah...sampai umah saya tak duk diam. Buat keje ni itu....sampai malam.(sebenarnya saya lupa saya mengandung).....bila nak tido baru saya rasa pinggang ni sakit yang teramat sangat..tak terpikir apa pun...dan ternyata malam itu saya tidak dapat tido lena...sakit dibawah ari ari n sakit pinggang..

Esok pagi sewaktu lepas solat subuh, saya mengalami turun darah....Ya Allah...tak terkata dan darah yang tumpah termasuk la kantung yang masih elok lagi..saya kutip dan simpan utk dibawa ke hospital..My Hubby bawa saya ke Emergency Hospital Serdang. Saya kena warded..Ya Allah dugaan yang tidak disangka,saya disahkan ada tekanan darah tinggi...lagi la tekanan..selagi BP saya tak stabil n turun DNC tak boleh dibuat...setelah 4 hari 3 malam di ward, baru saya boleh buat DNC...lagi pun tak banyak dah yang tinggal...Alhamdulillah semuanya selamat dan saya dibenarkan keluar setelah 6 hari 5 malam duduk ward...hehehee..lama kan just nak buat DNC..patient lain sekejap ja...dah kuar... saya yang paling lama..hehehehehehe...

Setelah balik..saya kena berpantang la juga...rupanya angin org pantang sebab gugur lagi dahsyat...kalau tak jaga boleh sesak nafas ooo nak hilangkan angin di badan.....nasib baik My Hubby n My Hero Aliff sanggup membantu urut setiap malam... Ni yang buat mama makin sayang kat kalian berdua...mmuuaahhh...

Tu la cerita yang nak saya kongsikan bersama dengan semua pembaca...Dugaan yang perlu saya tempuh dengan penuh kesabaran.. Apa yang berlaku ada hikmahnya...Saya redha dan tahu Allah masih sayangkan saya dan ujian yang diberi itu hanya sedikit sahaja.. Sebagai hamba-Nya kita perlu bersabar dan tabah dalam mengharungi ujian oleh-Nya...

" Pada 1 mac aku disahkan mengandung ..alhamdulillah..penantian ku selama ini tidak sia.sia..Allah Maha Mendengar dan Mengetahui segalanya.. Namun pada 6 Mac aku keguguran..habis luluh hati ku..Ya Allah ..aku redha dengan pemergiannya..mama redha sayang...terima kasih kerana sudi duduk dirahim mama hampir 2 bulan lebih...mama tahu itu semua ketentuan Allah yang tidak pernah kita duga..insha allah pasti akan ada yang 
lebih baik lagi selepas ini..mama, abah, n abang along redha...terima kasih sayang, kerana sudi berada dalam rahim mama walaupun seketika..Terima kasih Ya Allah..moga selepas ini rahim ku kuat untuk menampung tumbesaran janin ku yang bakal membesar didalam perutku nanti...insha allah...aminnn ya rabbal alamin...."

Kenangan Terindah


Assalammualaikum,

Lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di blog saya ini...ye. La mana taknya..keje di pejabat back to back punya cerita...bukan setakat nak menulis tak da masa..bahkan bersama family pun sama..kena tinggal suami dan anak..huhuhu...nak buat macam mana dah tuntutan kerja...niat saya bekerja ikhlas nak bantu suami dan mencari rezeki yang halal utk keluarga saya...amin...

Tetiba jejari ni rasa mcm nak mencoretkan sesuatu....hrmmm ..tahun 2013 banyak peristiwa suka duka yang terpaksa ditempuhi. Moga tahun 2014 membawa sinar baru dalam kehidupan saya sekeluarga....Amin... 

Saya ingin menceritakan salah satu pengalaman manis yang berlaku sepanjang tahun 2013. Ianya merupakan satu program anjuran jabatan saya.... Anda pernah dengar dengan nama RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)? rajin-rajin lah menjenguk facebook Rakan Alam Sekitar dan juga portal RAS ini... berbagai info akan dapat diperolehi..

Program yang baru berakhir pada bulan 12 tahun lalu iaitu Trans Borneo Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar... Dimana perjalanan bermula dari Kuching Sarawak menuju ke Daerah Sibu (perjalanan darat 8 jam), dari Sibu ke Daerah Miri (perjalanan darat 11 jam), kemudian dari Miri kami menuju ke Lawas. Untuk menuju ke Lawas, kami terpaksa masuk ke Negara Brunei Darussalam dengan 8 chekpoint Imigresen Malaysia dan Brunei yang kami terpaksa redah. Perjalanan agak rushing kerana kami perlu sampai ke chekpoint yang terakhir sebelum jam 10 malam. Di mana post Imigresen yang terakhir sehingga jam 10 malam sahaja..pelbagai kenangan suka duka yang kami lalui..dengan perut yang lapar dan nak beli makanan terlupa kami semua terlupa tukar duit Brunei..so ikat perut je la... Nasib juga tidak menyebelahi kami... kami tidak berjaya menjejakkan kai ke Bandar Seri Begawan kerana kekangan masa. Huhuhu...kesian My Hero Aliff nak fridge magent Brunei (tak dapat lerrr)..nak beli T-shirt I LOVE Brunei pun tak dapat...mama lupa tukar duit..huhuhu...

                                             Bergambar di signboard BRUNEI..hehehehehe..

Oh ya sambung balik cerita perjalanan kami, alhamdulillah kami selamat sampai ke Hotel Seri Malaysia Lawas pada jam 9.30 malam.. Selamat sampai..kalau tak bermalam di sempadan Brunei Sarawak..huhuhu.. Memang satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan... Kalau nak tgk gmbar sepanjang program ni berlansung nanti saya tepekkan...hehehehe:-)

Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke Long Mio Resort. Ianya terletak dalam Daerah Sipitang, Sabah.. Ha! kami dah selamat masuk ke Sabah..perjalanan darat dari Kuching  ke Sabah untuk ke Kota Kinabalu..

Sedikit cerita pengalaman untuk ke Long Mio Resort. Perjalanan off road dr jalan utama. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam dengan menaiki 4x4..kata pemandu kami yg 
bernama Abg Nasib, kalau hujan perjalanan cecah 5 @ 6 jam..tak boleh nak bayangkan macam mana perjalanan kami..huhuhu.. tetapi alhamdulillah Allah merestui perjalanan kami hanya mengambil masa 4 jam...dan alhamdulillah kami selamat sampai..Perjalanan yang sungguh berliku, melalui hutan yang masih dara, melalui Banjaran Crocker...pemandangannya.. MasyaAllah.. tak terucap dengan kata-kata..sesungguh Ciptaan Allah Yang Maha Esa tiada tolok tandingannya... terpegun saya dengan keindahan dan kedamaian disitu..kami semua terpegun dan hilang sakit-sakit badan ketika melalui off road dan jalan laluan balak tadi... Masih ada golongan penduduk yang sanggup di daerah yang sangat terpencil dan tersisih dari dunia realiti di luar itu...Kami bermalam di Long Mio Resort.. Kami juga sempat ke Kampung Long Pasia...sekali lagi kami terpegun dengan ciptaanNya.. Subhanallah.. Alah Maha Pencipta Sekalian Alam...memang tidak ada taranya. Gambar dalam perjalanan ke Long Mio Resort, dan kawasan di Long Pasia..





Kasi layan gambar  sewaktu perjalanan ke Long Mio Resort dan di kawasan pendalaman Long Pasia yang memukau pandangan...


Tak sempat lak nak snap gambar banyak-banyak. Keterujaan menikmati keindahan mengatasi segalanya... setelah bermalam di Long Mio Resort kami keluar semula dan menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan tak lama untuk ke KK dan sebelum senja kami dah selamat sampai di hotel KK..bila dah sampai KK apa lagi time to jalan jalan shopping...keesokkan harinya kami bangun seawal 4.30 pagi utk shopping seafood ( udang, ketam,sotong, ikan dan macam-macam lagiiii)...seronok membeli sampai tak hengat nak bekpes..hehehe..balik hotel bekpes teruskan shopping di Jamilah lak.. setelah penat berjalan balik bilik hotel kemas barang ready utk chekout..

Sebelum balik untuk ke airport, bas bawa jalan-jalan lagi di KK..  Al-maklumlah ketika tu sehari sebelum  Hari Krismas..meriah la di kawasan KK...huhuhu...Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA pada jam 7.30mlm.. alhamdulillah semuanya selamat....

Selesai catatan saya kali ni..lain kali saya tulis lagi..hrmm ada cerita lagi untuk tahun 2014 ni.cuma tak sempat nak dicoretkan.. nanti ada masa saya tulis yer....bye..bye..bye..bye..


Isnin, 12 Ogos 2013



Mulianya Bulan Ramadhan & Malam Lailatul Qadar


Alhamdulillah.. Ramadhan yang berlalu meninggalkan 1001 kenangan yang terindah dan manis dalam hidup kami sekeluarga...insyaallah ada umur ketemu lagi kami dengan bulan ramadhan dan Malam Lailatul Qadar.. 
Masih terdengar-dengar panggilan dari My Hero Aliff yg sedang melihat diluar jendela rumah kami. " Mama kenapa pokok mlm ni tak bergoyang dan kenapa macam sujud jer...? Pastu mama perasan tak mlm ni sejuk dan sunyi jer...walaupun bising bunyi mercun tapi mlm ni tak mcm selalukan mama? Ku cuba untuk menerangkan kata-kata My  Hero Aliff...hrmm.... Hatiku sayu dan sebak... "Jom kita ambil wuduk dan solat berjemaah bersama My Hubby....
"Mama tahu tak apa yang kita doa tadi..kita doa supaya kita jadi anak yang berguna, anak yang dengar cakap, anak yang bijak pandai, hafal sifir, dan yang last sekali kita minta Allah kurniakan kita adikk..aminnn...
Ya Allah, tersentuh hati ku dn My Hubby..hanya Allah yang     tahu apa yang kami rasa...Ya Allah perkenankan doa kami 
semua..... 
" Mama juga yang cakapkan..mlm ni insyaallah malam Lailatul Qadar dan semua doa insyaallah akan dimakbulkan...kita harap agar doa kita dimakbulkan..aminn...

Malam itu berlalu dengan 1001 kenangan yang manis buat kami sekeluarga...ye My Hero Aliff dan besar dan banyak benda yang telah dipelajarinya...berfikiran matang dan kadang-kadang sgt mengada mengada dengan mama...
Malam itu En Hubby ajak sahur diluar...tapi kami singgah sekejap di Jalan TAR. Saja ingin melihat suasana di sana. Sepanjang perjalanan ke Jalan TAR ku rasakan sayu sangat dihatiku... Moga-moga tahun depan kami sekeluarga dapat bertemu lagi dengan mu Ya Ramadhan dan Malam Lailatul Qadar...aminnn.....